Wednesday, 27 April 2016

UPM 45 TERBAIK DI DUNIA - BEST GLOBAL UNIVERSITIES FOR AGRICULTURAL SCIENCES




Ok. Now nak cakap pasal ranking lagi. Again, Universiti Putra Malaysia (UPM) melakar kejayaan cemerlang apabila subjek Sains Pertanian disenaraikan pada ranking ke-45 terbaik dunia dalam Best Global Universities Ranking 2016 yang dikeluarkan oleh U.S.News & World Report hari ini. Yeayyyy !!

Kedudukan penarafan subjek Sains Pertanian itu meningkat sembilan anak tangga kepada ranking ke- 45 berbanding kedudukan ke-54 di dunia pada tahun 2014. U.S.News & World Report juga telah menyenaraikan UPM sebagai Universiti terbaik di Asia Tenggara dan berada pada ranking ke-tujuh di Asia untuk Best Global Universities for Agricultural Sciences.

“Kejayaan UPM dalam bidang Sains Pertanian adalah impak daripada kualiti akademik, penyelidikan dan sumbangan yang cemerlang daripada ahli akademik, staf dan pelajar,” kata Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan.

“Komitmen, semangat dan dedikasi komuniti UPM dalam memperkasakan bidang pertanian telah diiktiraf oleh penarafan global dan sekali gus membuktikan kebitaraan UPM dalam bidang Sains Pertanian,” katanya.

Ranking UPM ke-45 terbaik di dunia ini adalah hasil peningkatan skor sebanyak 3.7 kepada 71.1 berbanding 68 skor pada 2014.

Prestasi cemerlang Sains Pertanian UPM ini disokong oleh empat indikator utama yang berjaya disenarai dalam kedudukan 50 terbaik dunia. Indikator itu ialah Regional Research Reputation berada pada ranking ke-lapan, Publication (ke-16), Total Citation (ke-37) dan Number of Publications that are among the 10 percent Most Cited (ke-49).   

“Peranan kepimpinan yang dimainkan oleh UPM dalam menyokong pemerkasaan bidang pertanian adalah sebagaimana terangkum dalam Pelan Strategik UPM 2014-2020,” kata Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi.

“Saya amat bangga dengan pencapaian ini dan ia merupakan usaha kolektif dan impak pelan strategik Putra Global 200 sehingga ia diiktiraf pada peringkat komuniti global,” katanya.
Melalui aspirasi Putra Global 200 (PG200) itu, UPM meletakkan sasaran untuk muncul dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia pada tahun 2020.

Laporan Best Global Universities Ranking itu yang dikeluarkan pada 6 Oktober 2015 membuat penilaian keseluruhan universiti-universiti utama dunia dan membuat penarafan ranking berdasarkan 22 subjek.

Bagi subjek Kejuruteraan UPM pula, ia untuk pertama kali tersenarai dalam ranking, dan berada pada kedudukan ke-245.'

U.S.News & World Report  menyenaraikan 750 buah universiti terbaik di dunia untuk penilaian 2015 berbanding 500 universiti pada 2014.


#UPM ni memang famous dengan pertanian dekat Malaysia ni so it's worth la UPM got the best ranking for Sains Pertanian subject. 


Credit to : Laman web utama UPM



Pokok Gaharu Aquilaria Rostrata ditemui selepas 100 tahun





Salam semua. Ok tau tak spesies pokok hutan Aquilaria rostrata, yang selama ini dianggap pupus selepas kali terakhir ditemui kira-kira 100 tahun lalu, berjaya ditemui semula oleh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM). Wow ! hebat kan. J

Pokok dari genus Aquilaria dikenali sebagai pokok karas kebiasaannya dikaitkan dengan gaharu yang bernilai tinggi. Spesies itu yang juga dipanggil Karas Gunung atau Chandan Gunung ditemui di kawasan hutan Gunung Tebu, Besut di Terengganu, kira-kira 100 kilometer dari kawasan ia pertama kali ditemui dahulu iaitu di Gunung Tahan, Pahang.

Kumpulan penyelidik UPM yang diketuai Pensyarah, Jabatan Pengurusan Hutan, Fakulti Perhutanan, Profesor  Madya Dr. Rozi Mohamed menemui populasi pokok itu semasa melakukan kajian di lapangan dengan bantuan anggota renjer dari Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu pada pertengahan tahun lalu.




“Pada awalnya kami menyangkakan ia spesies baharu tetapi setelah membuat perbandingan dengan spesimen berusia 100 tahun di Herbarium Botanic Gardens, Singapura kami mendapati ia adalah A.rostrata,” katanya dalam satu kenyataan.

Penemuan terbaru ini mematikan anggapan dan kebimbangan berkenaan spesies itu sudah pupus.
Selepas lebih 100 tahun daripada penemuan pertamanya, ia disenaraikan dalam International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List dan dianggap sudah pupus.

Dr. Rozi berkata spesies itu ditemui di kawasan pokok-pokok balak yang sudah ditebang, di kawasan yang berketinggian kira-kira 700 meter dari aras laut. Katanya,dianggarkan 50 pokok telah ditemui dalam populasi tersebut, yang berketinggian antara 2 hingga 5 meter dan berukuran lilit (dbh) antara 3 dan 4 sentimeter. Ketika ditemui, pokok itu sedang berbunga dan berbuah.

Menurutnya, spesies itu pertama kali ditemui pada 1911 di Kem Wray’s, Gunung Tahan oleh H.N.Ridley dan dilaporkan pada 1924, namun laporan berkenaan tidak menyatakan saiz pokok tersebut.

“Spesies ini adalah endemik… ia tidak terdapat di tempat lain, hanya di Semenanjung Malaysia sahaja dan terancam kepupusan,” kata Dr. Rozi.

Bagaimanapun, beliau berkata, aktiviti pembalakan secara mampan telah membuka laluan dan merintis jalan untuk kumpulan penyelidik UPM boleh sampai ke kawasan habitat spesies tersebut.

“Kami berjaya menemui semula populasi A.rostrata… penemuan terbaru ini memberi sinar dan harapan bahawa satu daripada sumber alam semulajadi negara ini tidak mengalami kepupusan,” katanya.

Justeru, katanya, kawasan berkenaan perlu dijaga dan spesies ini dipulihara agar dapat tumbuh dan membiak sebagai warisan alam serta mengelakkan daripada dicerobohi oleh pihak yang mahu mendapatkan gaharu.

Menurutnya, penyelidikan dijalankannya menggunakan dana Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), Kementerian Pendidikan Tinggi dan segala maklumat hasil penyelidikan dimasukkan ke dalam pangkalan data DNA yang dibangunkan khas untuk Aquilaria di Makmal Bioteknologi Hutan di Fakulti Perhutanan UPM. Katanya, hasil penemuan itu telah dilaporkan dalam BLUMEA, sebuah jurnal reputasi tinggi dalam taksonomi tumbuhan terbitan Leiden University, Netherland.

Wahh.. very impressive kan. Mesti kumpulan penyelidik  UPM  tak pernah kenal erti putus asa dan sentiasa komited dalam menjalankan penyelidikan sehingga berjaya seperti sekarang. 






Credit to : laman web utama UPM

Program "Pelajar Sihat dan Cerdas, UPM Cemerlang"





Salam semua.. nak cerita Sabtu, 23/4/2016 ada satu program yang dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum iaitu program "Pelajar Sihat dan Cerdas, UPM Cemerlang". Program ni semua students yang ambil subjek kokurikulum berkredit wajib datang dan join aktiviti senamrobik. Pagi tu kitorang buat aktiviti menari zumba dengan Cikgu Y. Dia yang cakap nama dia macam tu, tapi taktaula eja betul ke tak. hehe. 

Pagi tu memang ramai la yang join termasuklah para fasilitator menari zumba sekali dengan students. Sebelum start zumba, semua buat warm up dulu, tapi semua orang ingat warm up tu zumba sebab macam lama sangat and different sikit la daripada warm up yang orang bias abuat. Bagi aku, zumba tu best tapi certain step dia susah sikit dan biasalah perempuan kalau bab nak menari depan orang ramai ni malu malu kucing sikit. haha. 

Lepas dah selesai aktiviti senamrobik tu, ada majlis perasmian oleh Y.Bhg. Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris, Naib Canselor UPM. Beliau bagi sedikit ucapan sekaligus merasmikan program ni. Then, ada gimik sikit before moment perasmian tu. Tiba-tiba ada macam James Bond keluar daripada kereta bawak briefcase hitam pergi dekat Naib Canselor dengan diorang pasang lagu James Bond lagi, perghhh.. TERBAIK ahh !! Ok. lepastu Naib Canselor pun keluarkan something daripada briefcase tu then rasmikan program ni. Aku tak nampak sangat bend aapa apa yang dia pegang tu sebab aku duduk agak jauh dari beliau tambah aku rabun tak pakai cermin mata. 

Lepas habis semua program ni, semua kumpulan BAKSIS ada aktiviti gotong royong pula dekat tempat yang berbeza mengikut zon masing masing. Kumpulan BAKSIS aku Zon 1 and kitorang kena bersihkan dekat area Kompleks Renang UPM yang berhadapan dengan DKAP dan bersebelahan dengan Fakulti Pendidikan. Bila dah sampai sana, kunci pulak bangunan dia then kitorang just bersihkan dekat kawasan luar and keliling kompleks renang tu seperti kutip sampah dan cabut rumput.

Then, kami bincang sekejap pasal program BAKSIS selama 3 hari 2 malam yang mungkin berlangsung pada 13-15 Mei 2016, sebab belum settle lagi sebab fasilitator kami, Encik Firdaus nak dengar progress program.

Lepas tu, yang jaga kunci bangunan kompleks renang tu datang dan buka kunci. Tapi kami just cabut rumput rumput liar ja sebab dah memang bersih. Part yang paling best, makanan dah sampai and kami sempat makan ramai ramai sebelum bersurai. 

OK. itu sahaja. babai ! :)






UPM Ranking in 'QS TOP 50 UNDER 50'

    

          


Alhamdulillah. UPM menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan membanggakan bila for the first time was listed on 38th place in 'QS Top 50 under 50' yang diumumkan oleh Qacquarelli Symonds (QS) baru-baru ini. Sebagai seorang student UPM, mestilah kena rasa bangga kan. hehehe 

Penilaian universiti dalam QS Top 50 under 50 adalah berdasarkan kepada kriteria yang sama dalam QS World University Rankings (WUR) 2015 iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, penyelidikan dan pengantarabangsaan. Ranking tersebut adalah untuk universiti yang ditubuhkan selepas tahun 1965.
Ok. sebenarnya apa tu “QS Top 50 Under 50” ? 

“QS Top 50 Under 50” merupakan ranking yang diperkenalkan QS pada tahun 2013 dengan menyenaraikan 50 universiti terbaik dunia daripada senarai universiti di bawah usia 50 tahun.

Naib Canselor UPM, Professor Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata kejayaan UPM disenaraikan dalam 50 universiti terbaik dalam kelompok universiti yang berusia di bawah 50 tahun merupakan suatu pencapaian cemerlang.

“Ia adalah impak yang signifikan terhadap kemajuan UPM sejak ia ditubuhkan sebagai sebuah universiti pada tahun 1971 dan kemajuan UPM dalam meningkatkan profil antarabangsa.

“Berada pada kedudukan ke-38 terbaik dunia dengan markah 39.7 peratus untuk penyertaan pertama kali adalah sesuatu yang membanggakan dan kejayaan ini adalah hasil usaha jitu dari semua komuniti UPM dalam memastikan UPM terus cemerlang meraih reputasi antarabangsa” katanya.

Sebelum ini UPM mencapai lonjakan kedudukan yang tinggi dalam QS World University Ranking apabila berjaya memperbaiki ranking daripada 376 pada 2014 kepada 331 pada 2015.

Tahun 2015 merupakan penyertaan pertama kali UPM dalam senarai “QS Top 50 Under 50”.

Jadi, sebagai seorang student UPM ni, kenalah jaga imej diri dan UPM kan sebab semakin tinggi  ranking tempat kita belajar, semkin tinggi jugalah anggapan/harapan orang luar terhadap kita. :)

Sistem Merit di UPM


Assalamualaikum semua, ok now nak story pasal sistem merit.

Sistem merit sebenarnya digunakan dah lama dekat UPM ni even IPTA yang lain di mana hanya pelajar yang melepasi syarat dan kriteria yang ditetapkan sahaja boleh kekal atau 'stay' di kolej kediaman yang dikira bermula semester 3 pengajian. Tapi, tak semua orang nak stay kolej sebab mostly student yang stay kolej ni ialah sangat aktif dalam pelbagai peringkat especially dalam peringkat kolej dan sentiasa busy hingga lewat malam apabila ada sesuatu event kolej/blok atau pertandingan 'intercollege'. Tambahan pula, bila ada event kolej semua student memerlukan komitment dan kesabaran yang tinggi sampai sometimes perlu abaikan pelajaran buat sementara waktu untuk fokus kepada event. 

Tetapi, ada ja yang pandai seimbangkan akademik dan aktiviti kolej bagi mereka yang bijak dalam menguruskan jadual seharian. So, you can get both benefits if you pandai manage all those things wisely even though busy memanjang. Kalau aktif kolej/universiti tapi tak pergi kuliah, tak buat assignment pon tak guna jugak kan. Ada satu tips kat sini, kalau sesiapa yang nak stay kolej especially dekat kolej aku (Kolej Kedua), joinlah sukan banyak sebab confirm stay kolej. huhu. Sebab sukan adalah kebanggaan kolej kami. kah3

Students yang nak stay kolej ni mostly tak nak duduk kolej serumpun sebab bilik dia kecik dan satu bilik 4 orang compared dengan kolej sendiri dimana satu bilik 2 orang yang aku rasa lebih selesa, memang sangat selesa pon. haha. Then, students akan lebih dekat dengan fakulti masing-masing, boleh jalan kaki ja tak payah tunggu bas lama kalau nak pergi kuliah.

Ok, dekat bawah ni ialah contoh sisitem pengiraan merit. Setiap pelajar perlu dapat minimum 80% (masyaAllah.. huhu) merit gabungan setiap peringkat aktiviti macam jadual kat bawah ni :





Sumber gambar : credit to Buku Aktiviti Pelajar UPM. 

Oklah. tu serba sedikit lah pasal sisitem merit dekat kolej aku ni. Conclusionnya kalau tak dpat stay kolej, buatlah rayuan ataupun pergi ke kolej serumpun. Tu je choice yang ada. huhu.





Friday, 18 March 2016

It's All About UPM (PART 2)



Assalamulaikum semua ! I'm back for the second entry untuk cerita serba sedikit pasal UPM. Kali ni aku akan story in short je pasal kolej kediaman yang available dekat UPM and a few things about sistem merit yang 'SANGAT' disukai oleh student kat sini. Huhu. 

Dekat UPM ni ada tujuh belas kolej kediaman and setiap kolej ada semangat atau bonding yang kuat antara kolegiat. Aku stay at Kolej Kedua, one of the oldest college in UPM dan sangat dekat dengan fakulti aku (Fakulti Ekologi Manusia) sebab jalan kaki dalam 10 minit dah sampai dewan kuliah. Kalau naik basikal maybe around 5 minutes dah sampai, tapi malangnya aku tak ada basikal sebab basikalnya agak mahal semuanya. *sigh* In majority, Chinese students yang akan dominate untuk kategori penunggang basikal ni sebab students lain mostly prefer to walk or naik bas sambil berebut rebut and rela kena marah dengan pakcik bas sebab tak beratur sebelum naik. hehe. 

Ok, jom sambung cerita pasal kolej kediaman dekat UPM ni sebab macam dah lari topik. haha

Mengikut wikipedia, kolej-kolej kediaman di UPM terbahagi kepada kolej tradisional dan kolej swasta.

     Kolej Tradisional

  • Kolej Mohamad Rashid

Kolej ni kami panggil KMR sebab pendek sikit kan and it was the first college built in the UPM. Tapi atas sebab faktor safety, KMR move to new buildings dekat dalam area kolej serumpun. Actually, bangunan KMR yang lama located depan kolej kedua ja tapi terpisah between padang and it was quite scary at night sebab bangunan dia terbiar for a long time kan. 
  • Kolej Kedua
  • Kolej Tun Dr. Ismail
  • Kolej Canselor
  • Kolej Kelima
  • Kolej Keenam
  • Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah

Kolej ni nama dia memang panjang gila and kami just sebut KOSASS ja and sebelah kolej aku ja. kolej ni special untuk student yang join PALAPES ataupun yang macam askar melayu tu. Tak ramai sangat student dekat KOSASS ni compared to other colleges sebab bukan semua nak masuk PALAPES. huhu.
  • Kolej Tun Perak

KTP ni aku anggap macam friend to KOSASS sebab kolej ini untuk students yang join SUKSIS ataupun pegawai polis. Dulu aku pernah berniat nak join tapi rasanya aku macam tak mampu and hidup aku pon dah cukup 'BAHAGIA' dekat Kolej Kedua. huhu
  • Kolej Pendeta Zaba
  • Kolej Kesepuluh

Ok. Kolej 10 ni special for engineering and seni reka bentuk students but untuk LELAKI SAHAJA. Kolej ni located dekat luar kampus UPM sebab both fakulti diorang dekat luar main campus. K10 ni sebelah K11 and sangat dekat dengan The Mines Mall (favorite UPM students). Bagi aku, most of them sangatlah handsome and sado. huhu
  • Kolej Kesebelas

K11 ni macam K10 tapi untuk PEREMPUAN SAHAJA and bangunan dia just sebelah K10 ja. 
  • Kolej Ketiga Belas
  • Kolej Ketujuh Belas

Then, Kolej 17 pulak khusus untuk students from Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta Fakulti Perubatan Veterinar. In general, para doktor semua duduk sini. Kolej ni jugak duduk luar main campus sebab fakulti sangat dekat dengan kolej diorang ja (jalan kaki tak sampai 5 minit)  and very near to Hospital Serdang.

p/s: Kolej Kedua, Kolej Cancelor, Kolej Keenam, Kolej Tun Dr Ismail, Kolej Kelima, Kolej Tun Perak dan Kolej Pendeta Za‘ba juga dikenali sebagai 'Kolej Lembah'.

Kolej Swasta



Kolej swasta diletakkan di bawah pengurusan bersama pihak UPM dan pihak swasta, manakala kolej-kolej yang lain diuruskan oleh pihak UPM secara keseluruhannya. 
Kolej ni macam separuh swasta and thats why yurannya agak mahal and kepada students yang malas nak kumpul merit akan memilih untuk keluar kolej selepas tahun pertama dan pindah ke kolej serumpun. 

  • Kolej Kedua Belas
  • Kolej Keempat Belas
  • Kolej Kelima Belas
  • Kolej keenam belas
Ok then aku rasa tak sempat nak story pasal sistem merit dekat UPM ni sebab it was already late at night. Esok kena bangun awal pagi for BAKTI SISWA class. Aku akan sambung dalam next post. Ok. Bye ! 

It's All About UPM (PART 1)

Assalamualaikum everyone ! This is my first post on my first blog I created to fulfil the needs of my co-curricular subjects courses, BAKTI SISWA (Group 1). I am a full time student at Universiti Putra Malaysia (UPM) atau dulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia. Aku baru first year student and currently in semester 2 taking Bachelor Science (Human Development & Information Technology). Ok, sekarang aku nak cerita sikit tentang UPM ni.



Latar Belakang UPM


Universiti Putra Malaysia mula ditubuhkan sebagai sebuah Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931. Ia dibangunkan di kawasan seluas 22 ekar di Serdang dan menawarkan dua program sahaja pada masa itu; Program Diploma 3 tahun dan Program Persijilan 1 tahun di dalam bidang pertanian. Tanggal 23 Jun 1947, Sekolah Pertanian ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej Pertanian Malaya oleh Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union ketika itu. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia seterusnya tercetus apabila Sekolah Pertanian di Serdang ini bergabung dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Dr. Mohd. Rashdan bin Haji Baba, yang merupakan pengetua Kolej Pertanian Malaya, dilantik sebagai Naib Canselor di bawah Seksyen 18, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Universiti Pertanian Malaysia memulakan sesi akademiknya pada 23 Julai 1973 dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga fakulti pengasas dan satu bahagian asasi iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan, Fakulti Perhutanan, Fakulti Pertanian dan Bahagian Sains Asasi, yang pada masa itu menekankan bidang perhutanan dan veterinar selaras dengan dasar dan keperluan Negara. Pada tahun 80-an, UPM mengembangkan bidang pengajian ke bidang Sains dan Teknologi (S&T). Pada tahun 3 April 1997, nama Universiti ditukar dari Universiti Pertanian Malaysia ke Universiti Putra Malaysia oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, untuk menggambarkan status UPM sebagai pusat pengajian tinggi yang merangkumi pelbagai bidang, terutamanya sains dan teknologi maklumat yang menjadi keperluan kepada pembangunan negara di alaf baru ini.

Logo



Logo UPM yang ringkas melambangkan tradisi, falsafah dan visi baharu Universiti.
Asas logo terbina daripada bentuk perisai yang secara tradisinya melambangkan prinsip, kemantapan dan penjagaan martabat ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.

Bentuk titisan air merupakan simbolik kepada komitmen universiti untuk memelihara alam sekitar. Air juga adalah sebagai asas kehidupan sebagaimana juga ilmu adalah sebagai asas untuk mencapai kemajuan manusia.

Garisan kecil di tengah melambangkan wawasan universiti yang sentiasa ke hadapan. Tiga (3) garisan di kiri dan di kanan ialah simbol dahan yang melambangkan kepentingan pertanian dalam kelestarian kehidupan dan kemakmuran manusia yang merupakan tumpuan dan kekuatan UPM. Tiga (3) garisan itu juga membawa maksud tiga (3) fungsi utama Universiti, iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.

Buku yang berada di sebelah atas melambangkan keunggulan Universiti sebagai gapura yang menjunjung, menjana dan meneroka ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.

Warna merah melambangkan dinamisme kepada tradisi perjuangan ilmu dan juga semangat perintis, keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keikhlasan dan ketelusan. Warna kelabu melambangkan keneutralan, keluwesan dan ketekalan.
Kombinasi warna merah, kelabu dan putih bermaksud keharmonian, kestabilan, keceriaan, kematangan dan dinamisme.

Konsep bentuk perisai ini diperkukuh dengan huruf 'UPM' yang menjadi singkatan kepada Universiti Putra Malaysia.

p/s :Yeah, for more information, boleh visit main UPM website di sini. Hehe :)

Lagu UPM


Sekarang aku nak ajar nyanyi lagu UPM. (Hanya mampu tunjuk lirik.hehe) At first masa Minggu Perkasa Putra ataupun waktu orientasi dulu, agak lama jugak lah nak hafal lagu UPM ni. Tapi bagi aku lagu UPM agak best dan tajuk lagu UPM ialah Putra Gemilang. 

PUTRA GEMILANG

Universiti Putra Malaysia
Gedung ilmu menara budi
Disinilah berhimpun warga siswa
Menjunjung amanat BERILMU BERBAKTI

Teguh setia mengisi harapan
Insan bertaqwa penunjang peribadi
Berpadu tenaga mencapai kejayaan
Sehati sejiwa berhemah tinggi

Universiti Putra Malaysia
Pembina wawasan gemilang
Universiti Putra Malaysia
Pembentuk siswa cemerlang

Semarak namamu di sinar zaman
Semerbak namamu di suara sanjungan
Penyumbang bakti ke anak bangsa
Pewaris sejati negara tercinta

Di damai desa di permai kota
Tersemat citramu semegah kenangan
Di darjat bangsa di daulat negara
Tersurat jasamu menjana kemajuan


Lirik: Dharmawijaya
Lagu: Dato' Ahmad Nawab

p/s : For those yang nak dengar lagu UPM, please clik this link --> Lagu Putra Gemilang - The UPM Anthem (2015) :)


Alright semua, nanti aku akan post entry UPM Part 2. Aku akan story mory sikit pasal kolej kediaman dekat UPM ni and a few information about sistem merit dekat kolej. Bye uolls !!